Time Left for This Special Promotion:

* Kami menghormati kerahsiaan anda

Anda mahu belajar tentang:




You'd prefer to study in:

Mesej Anda:


Produk Tambahan

SUMBER TAMBAHAN YANG TERSEDIA UNTUK SEMUA PELAJAR WALL STREET ENGLISH

Wall Street English telah mencipta suite pembelajaran tambahan dengan menawarkan produk Tambah Nilai dan perkhidmatan yang memperkukuhkan produk pembelajaran teras. Anda dapat menikmati pelbagai peluang pembelajaran semasa dan selepas kontrak pembelajaran anda.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
English Anytime menawarkan fleksibiliti dari segi masa dan lokasi. Pelajar dapat belajar pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan dari mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan internet. Sesi pembelajaran akan ditandakan supaya anda dapat berhenti dan menyambung semula tanpa gangguan dari pusat pembelajaran WSE ke rumah, ke pejabat. Fleksibiliti sepenuhnya.

KELAS DALAM TALIAN DENGAN GURU INGGERIS NATIF BERCAKAP DENGAN GURU ASING – KELAS DALAM TALIAN
Saluran WSE adalah persekitaran kelas dalam talian yang memberikan pelajar lebih banyak peluang untuk bercakap dengan Guru Asing kami. Kelas interaktif ini adalah satu lagi peluang untuk menggunakan dan berlatih bahasa Inggeris dari rumah atau mana-mana tempat dengan khidmat internet. Kelas dijalankan menggunakan teknologi terkini, dan disampaikan oleh guru Inggeris natif kami.

AKSES EKSKLUSIF MAJALAH FINANCIAL TIMES
Semua pelajar WSE mendapat akses percuma dan tanpa had majalah Financial Times dalam talian. Akhbar perniagaan terkemuka dunia, Financial Times memberikan pelajar akses maklumat perniagaan, keusahawanan dan korporat berkualiti tinggi. Sebagai tambahan setiap minggu pelajar mempunyai akses pembelajaran tambahan melalui pelajaran kelas WSE's FOR TODAY yang menggunakan kandungan Financial Times untuk memberikan peluang menarik.

KAMUS LONGMAN DALAM TALIAN
Kamus Inggeris Longman adalah kamus profesional bagi pelajar bahasa Inggeris pada semua peringkat. Pelajar WSE mempunyai akses percuma pada mana-mana komputer dalam pusat WSE untuk menambah sokongan terhadap pembelajaran mereka.

KERJASAMA DENGAN PENERBITAN PENGUIN
WSE telah bekerjasama dengan Penguin, salah satu daripada syarikat penerbitan bahasa Inggeris yang terkenal, dan membawa novel klasik dan moden kepada pelajar yang berpeluang mendapatkan diskaun pelajar. Tatapan pertama 'Penguin Tasters' membolehkan pelajar WSE membaca sebahagian daripada buku terpilih secara percuma, yang diakses melalui tapak mini Penguin / WSE. Perkhidmatan eksklusif ini dapat diakses secara percuma sepanjang tempoh pengajian.

KOMUNITI GLOBAL DALAM TALIAN
Komuniti global dalam talian WSE, The Village, membolehkan pelajar berhubung dengan pelajar WSE lain di seluruh dunia. Sebagai tambahan kepada kandungan pembelajaran tambahan (yang digredkan pada tahap semasa pelajar), The Village merupakan persekitaran dalam talian yang menarik yang membolehkan pelajar berbual, berlatih bahasa Inggeris dan belajar tentang budaya berbeza. Latihan pembelajaran tambahan juga tersedia untuk membolehkan pelajar memperbaiki kemahiran pemahaman dan komunikasi. Bantuan dalam talian diberikan dalam bentuk Dr. English, yang akan menjawab soalan berkaitan bahasa Inggeris 24 jam sehari. Satu komuniti yang benar-benar global.

BELAJAR DAN MENANGI PROGRAM GANJARAN LOYALTI
Program Belajar dan menang adalah program ganjaran eksklusif WSE. Pelajar mengumpulkan mata apabila menamatkan unit dan tahap pengajian, menghadiri acara khas, merujukkan kawan dan menyelesaikan tugasan pendidikan spesifik berkaitan kursus pembelajaran mereka. Pelajar dapat menebus poin yang ‘dikumpul’ dan mendapatkan hadiah yang menarik. Matlamat utama L&W adalah untuk memberi insentif kepada pelajar bagi menamatkan kursus mereka dan dengan itu, berpeluang memenangi hadiah seperti IPAD, Baucar Membeli Belah dan pelancongan ke luar negara.

PERSATUAN ALUMNI WSE
Matlamat Persatua Alumni ditubuhkan adalah untuk memberikan pelajar yang telah tamat peluang untuk memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris mereka melalui peluang sepanjang hayat seperti jemputan ke ceramah bahasa Inggeris, menerima surat berita bulanan, menyertai pertandingan dan seminar serta parti di pusat bahasa. WSE mahu semua pelajar melihat bahasa Inggeris sebagai peluang pembelajaran sepanjang hayat dengan mengekalkan hubungan rapat dengan WSE dan rakan-rakan yang ditemui sepanjang tempoh pembelajaran di pusat pembelajaran kami.

AddThis Sharing

Ke Atas