Time Left for This Special Promotion:

* Kami menghormati kerahsiaan anda

Anda mahu belajar tentang:




You'd prefer to study in:

Mesej Anda:


Pendekatan Pembelajaran Kami yang Unik

BELAJAR SECARA SEMULA JADI DENGAN MULTIMETHOD®

Pelajari bahasa Inggeris dengan cara yang sama seperti penutur natif – secara semula jadi, dengan sistem pembelajaran MultiMethod Wall Street English, dengan mendedahkan anda dengan bahasa Inggeris yang digunakan dalam kehidupan seharian, dan dibantu oleh guru bahasa Inggeris natif dan bertauliah. Dengan menggunakan gabungan kaedah pembelajaran ini, pelajar dapat memahami bahasa Inggeris dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa terjemahan dan hafalan.

Dengan penggunaan berkesan kelas berkumpulan kecil, dan dibantu persekitaran di Pusat latihan dan pembelajaran dalam talian, sistem MultiMethod® berjaya membentuk kemahiran komunikasi bahasa Inggeris untuk situasi perniagaan, akademik dan sosial.

KURSUS DIPERIBADIKAN DARI TAHAP ANDA BERMULA

Apabila memulakan kehidupan sebagai pelajar Wall Street English, anda akan diberikan penilaian bahasa Inggeris diagnostik penuh, yang merangkumi aktiviti Pendengaran, Lisan, Pembacaan dan Penulisan. Berdasarkan keputusan ujian penilaian bahasa, Perunding Kursus akan mencipta pelan kursus khas untuk anda untuk mencapai objektif pembelajaran. Fleksibiliti diambil kira dalam apa jua pelan kursus untuk memberikan ruang kepada tanggungjawab peribadi dan profesional.

SOKONGAN PELAJAR YANG BERTERUSAN DAN BERDEDIKASI

Pada permulaan kursus anda akan diperkenalkan kepada Penasihat Pengajian. Penasihat Pengajian bertanggungjawab membimbing anda melalui proses pembelajaran dan fasa pertama pengalaman pembelajaran Wall Street English, sehingga anda yakin untuk belajar tanpa bantuan teknikal. Penasihat Pengajian kami yang profesional akan membimbing anda sepanjang tempoh pengajian dengan memberikan sokongan bahasa yang sistematik dan terperinci, melalui kaji selidik pelajaran dan mesyuarat pelajar, untuk memastikan pengalaman pembelajaran bahasa anda berjaya dan bermakna.

PUSAT LISAN

PEMBELAJARAN INTERAKTIF PUSAT LISAN YANG MENINGKATKAN SEMUA KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
Di Wall Street English, anda mempelajari bahasa Inggeris melalui kitaran pembelajaran 'Semula jadi', seperti anda mempelajari bahasa ibunda. Kitaran pembelajaran kami secara sistematik membentuk empat aspek yang diperlukan untuk mempelajari bahasa: pendengaran, lisan, pembacaan dan penulisan.

 

Kursus Wall Street English anda direka berdasarkan satu jalan cerita yang menarik dari mula hingga tamat. Anda akan diperkenalkan dengan watak dari seluruh dunia dan akan mengikuti kisah hidup mereka, belajar tentang budaya berbeza dan pada masa yang sama, dapat belajar bahasa yang disasarkan. Pelajaran merangkumi temu duga sebenar, log perjalanan, mesyuarat dan lawatan perniagaan serta banyak lagi jalan cerita yang menarik. Belajar bahasa Inggeris di Wall Street English adalah pengalaman yang menyeronokkan dan menarik.

MANUAL KURSUS PELAJAR

MANUAL PEMBACAAN DAN PENULISAN PELAJAR UNTUK MEMPERKUKUHKAN PEMBELAJARAN ANDA
Selepas menamatkan pembelajaran multimedia, anda akan terus ke langkah seterusnya dalam kitaran pemerolehan pembelajaran. Dalam Manual Kursus Pelajar anda akan dapat melihat semula dan memperkukuhkan apa telah anda sebutkan, latih dan belajar dengan melengkapkan aktiviti pembacaan dan penulisan. Manual Kursus Pelajar yang merupakan komponen penting dalam proses pemerolehan bahasa ini membolehkan anda melihat semula pembelajaran pada bila-bila masa, memperkukuhkan dan membina pemerolehan bahasa anda.

KELAS DENGAN GURU INGGERIS NATIF

KELAS KECIL DENGAN GURU ASING – KELAS ENCOUNTER
Untuk memastikan anda dapat bertutur dengan yakin dan serta-merta, setiap Kelas Encounter mempunyai purata 2 pelajar dengan maksima 4 pelajar. Rakan sekelas anda telah mempelajari siri pembelajaran yang sama dan berada pada tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sama dengan anda. Guru Inggeris natif kami yang terlatih dan bertauliah membimbing anda melalui aktiviti berstruktur dan sistematik yang membolehkan anda berlatih bertutur. Satu langkah yang penting dalam proses pembelajaran, bercakap dengan guru dan rakan sekelas melalui aktiviti interaktif dan main peranan membolehkan guru mengesahkan pencapaian pembelajaran bahasa anda. Selepas tamat kelas, guru akan memberikan anda laporan terperinci dan akan memberikan gred berdasarkan aktiviti Encounter.

KELAS COMPLEMENTARY DENGAN GURU NATIF INGGERIS

BERINTERAKSI DENGAN GURU ASING DALAM BAHASA INGGERIS – KELAS COMPLEMENTARY
Dengan matlamat membina keyakinan dan kefasihan berbahasa Inggeris, latihan komunikasi tambahan bersama guru asing dan rakan sekelas disediakan dalam Kelas Complementary. Kelas ini memberikan anda peluang untuk bercakap, berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru asing dalam persekitaran yang berstruktur dan disokong.

ENGLISH CORNER DAN KELAS KELAB SOSIAL DENGAN GURU INGGERIS NATIF

BERSERONOK DENGAN GURU ASING DALAM KELAB SOSIAL DAN ENGLISH CORNERS
Dalam kawasan English Corner, guru Inggeris natif menyampaikan kuliah menarik, perbincangan, ceramah dan permainan. Pelajar digalakkan mengambil bahagian dan berlatih kemahiran berbahasa mereka secara bebas.

Kelab Sosial menawarkan cara interaktif dan menyeronokkan untuk anda meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris. Topik sosial yang menarik dipilih untuk anda supaya anda berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kumpulan yang hanya menggunakan bahasa Inggeris.

KELAS DALAM TALIAN DENGAN GURU INGGERIS NATIF

BERCAKAP DENGAN GURU ASING – KELAS DALAM TALIAN
Saluran WSE adalah persekitaran kelas dalam talian yang memberikan peajar lebih banyak peluang untuk bercakap dengan Guru Asing kami. Kelas interaktif ini adalah satu lagi peluang untuk menggunakan dan berlatih bahasa Inggeris dari rumah atau mana-mana tempat dengan khidmat internet. Kelas dijalankan menggunakan teknologi terkini, dan disampaikan oleh guru Inggeris natif kami. Sepanjang kelas, pelajar akan menjalankan aktiviti dan digalakkan untuk berbincang isu menarik dalam dunia moden.

AddThis Sharing

Ke Atas