Bahasa Inggeris Umum dan Lanjutan

ENGLISH FLEX
Program bahasa Inggeris Umum, English Flex mempunyai 4 peringkat pembelajaran, dengan setiap peringkat mengandungi 3 tahap pembelajaran (tidak termasuk tahap PRO). Program English Flex memberi tumpuan terhadap bahasa Inggeris komunikatif umum, bermula dari tahap beginner sehingga tahap upper intermediate. English Flex menggabungkan multimedia interaktif dengan kelas berkumpulan yang diajarkan oleh Guru Asing untuk memastikan pelajar dapat maju dengan berkesan dan dalam tempoh paling singkat, mengekalkan dan membina dari pengetahuan bahasa yang telah dipelajari.
ADVANCED ENGLISH
Program Advanced English mempunyai 2 peringkat pembelajaran, dengan 5 tahap pembelajaran. Program ini direka bentuk untuk membina kemahiran komunikasi bahasa Inggeris yang lebih tinggi. Program Advanced English akan menggunakan kemahiran bahasa Inggeris yang telah anda pelajari, menyempurnakannya, dan mengajarkan anda cara menggunakan bahasa dengan sepenuhnya. Program ini, dengan gabungan aktiviti sosial dan profesional bahasa Inggeris, diajarkan oleh guru Natif Inggeris Asing yang bertauliah dan membolehkan anda menggunakan bahasa Ingegris pada tahap kelancaran yang lebih tinggi.

Selepas menamatkan program SURVIVAL, anda akan mampu:
- Menggunakan perkataan asas bahasa Inggeris
- Bertutur ekspresi bahasa Inggeris lazim
- Membaca menu ringkas
- Memahami jadual ringkas
Selepas menamatkan program WAYSTAGE, anda akan mampu:
-
Bertutur dalam bahasa Inggeris dalam situasi seharian
-
Memperkenalkan diri dengan yakin
-
Bertanyakan arah dan memahami respons
-
Mengambil mesej ringkas
Selepas menamatkan program UPPER WAYSTAGE, anda akan mampu:
-
Bertanyakan apa yang diperlukan melalui soalan yang mudah difahami
-
Bertukar maklumat dengan mudah dengan penutur bahasa Inggeris
-
Melibatkan diri dalam perbualan dengan mudah
-
Menerangkan tanggungjawab dan tugas berkaitan kerja
-
Menulis laporan pendek dalam bahasa Inggeris
Selepas menamatkan program THRESHOLD, anda akan mampu:
-
Berbual dalam bahasa Inggeris dengan kefasihan yang tinggi
-
Memahami berita di TV dan Radio
-
Menyampaikan pembentangan profesional
-
Membaca laporan teknikal serta novel
-
Menulis minit mesyuarat dan surat pengenalan
Selepas menamatkan program MILESTONE, anda akan mampu:
-
Menggunakan bahasa Inggeris dengan fasih dalam pelbagai situasi
-
Mengambil bahagian dalam situasi perniagaan biasa, serta mesyuarat dan perbincangan
-
Menggunakan bahasa Inggeris yang menggabungkan ekspresi formal dan tidak formal
-
Bertutur dalam topik debat dengan mudah dan penuh keyakinan
Selepas menamatkan program MASTERY, anda akan mampu:
-
Mahir menggunakan ekspresi kompleks
-
Betul-betul memahami tugasan bacaan yang rumit
-
Menulis dalam gaya formal dan tidak formal
-
Menggunakan bahasa lebih tinggi dan terminologi dalam penulisan