Time Left for This Special Promotion:

* Kami menghormati kerahsiaan anda

Anda mahu belajar tentang:




You'd prefer to study in:

Mesej Anda:


Sijil dan Peperiksaan

KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

Sebagai sebahagian daripada produk kursus tambahan Wall Street English, pelbagai kursus persediaan peperiksaan juga ditawarkan untuk pelajar kami.

IELTS

IELTS adalah Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa, yang menguji kefasihan bahasa Inggeris di seluruh dunia. IELTS merupakan sistem ujian bahasa Inggeris paling popular di dunia, dan menjalankan 1.7 juta ujian secara global.

 

Anda boleh memilih dua jenis ujian IELTS: Academic atau General Training, bergantung kepada sama ada anda mahu belajar, bekerja atau berhijrah. Kedua-dua modul terdiri daripada dua bahagian – Pendengaran, Pembacaan, Penulisan dan Lisan. Keputusan IELTS digredkan dalam skala 9-band IELTS yang unik. Guru natif Inggeris akan mengajarkan kelas, dengan bantuan sumber pembelajaran dalam talian untuk menyediakan anda bagi ujian IELTS.

Wall Street English menawarkan kursus persediaan dengan guru khas bagi kebanyakan sijil bahasa Inggeris yang popular, termasuklah ujian Cambridge FCE, CAE, CPE, PET & KET, BEC, ILEC dan ICFE.

 

KELULUSAN FORMAL OLEH PEPERIKSAAN ESOL UNIVERSITI CAMBRIDGE

Sijil tahap kurikulum selari dengan Standard CEFR (Common European Framework of Reference) Standard
Kursus dan kurikulum Wall Street English telah diluluskan secara formal oleh peperiksaan ESOL Universiti Cambridge. Kajian selaras yang disokong oleh Lembaga Peperiksaan ESOL Universiti Cambridge, menunjukkan bahawa tahap kursus bahasa Wall Street English amat tepat dan selaras dengan tahap bahasa Inggeris CEFR (Common European Framework of Reference).

PENGESAHIHAH LATIHAN BAHASA INGGERIS GLOBAL ISO9001

Komitmen terhadap pelanggan kami melalui sistem pengurusan kualiti
Wall Street English merupakan salah satu daripada pembekal latihan bahasa Inggeris global yang telah lulus pengesahihan ISO9001:2000 dan ISO9001:2008. Pensijilan ISO9001 menunjukkan komitmen terhadap kualiti, pelanggan dan kesediaan untuk meningkatkan keberkesanan. Pengesahihan ini menunjukkan kewujudan sistem pengurusan kualiti yang efektif yang telah memenuhi keperluan audit luaran dan bebas.

SISTEM PENGESANAN ANALITIK DAN HASIL YANG DIJAMIN

Wall Street English menjamin hasil pembelajaran anda
Semua kelas dengan Guru Asing kami dan pembelajaran multimedia dipantau oleh sistem pengesanan pembelajaran. Pelajar akan diberikan jadual pembelajaran yang fleksibel, dengan masa tambahan untuk menyelesaikan semua pelajaran dan aktiviti yang diperlukan. Jika pelajar mengikuti kaedah pembelajaran Wall Street English dan pelan pembelajaran yang disediakan, kami menjamin anda akan dapat melihat hasil pembelajaran.

AddThis Sharing

Ke Atas