* Kami menghormati kerahsiaan anda

Anda mahu belajar tentang:




You'd prefer to study in:

Mesej Anda:


Apa yang menjadikan kami berbeza

LAPAN KELEBIHAN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN WSE

PEMBELAJARAN PERIBADI DAN MENURUT KEUPAYAAN SENDIRI
Setiap kursus direka khas untuk memenuhi keperluan pembelajaran spesifik. Pelajar bebas untuk menyesuaikan kepantasan masa pembelajaran mengikut keperluan peribadi dan kerja masing-masing. Dalam setiap kursus, kami menambah masa pembelajaran tambahan untuk bersedia bagi perkara-perkara yang tidak dijangka.

SAIZ KELAS YANG KECIL DENGAN PELAJAR PADA TAHAP YANG SAMA
Berbeza dengan persekitaran pembelajaran tradisional, di mana pelajar pada tahap berbeza belajar dalam satu kelas, kelas di Wall Street English mempunyai jumlah maksima 4 pelajar bagi setiap Kelas Encounter dan 8 pelajar bagi Kelas Complementary. Dengan bertambahnya jumlah guru bahasa Inggeris penutur natif, pelajar dapat berinteraksi dengan sepenuhnya dalam setiap aktiviti pembelajaran.

GURU PENUTUR NATIF BAHASA INGGERIS YANG BERKELAYAKAN
Tenaga pengajar di Wall Street English dipilih melalui beberapa saringan. Guru di Wall Street English adalah penutur natif berijazah, dengan sijil TEFL yang diperakui di peringkat antarabangsa TEFL (Teaching English as a Foreign Language) dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman (selepas pensijilan TEFL) mengajar. Yang paling penting, tenaga pengajar perlu lulus Kursus Latihan Tenaga Pengajar Wall Street English Teacher selama 44 jam, yang disediakan oleh Universiti Wall Street English, sebelum dibenarkan mengajar dalam mana-mana kelas. Para guru sentiasa dipantau oleh Pengurus Perkhidmatan sepenuh masa, serta penilaian dari pelajar yang diadakan setiap 4 bulan. Komponen terakhir adalah modul wajib latihan 12 jam yang dilengkapkan pada setiap tahun penggajian, sebagai sebahagian daripada semakan prestasi tahunan standard.

WAKTU PEMBEAJARAN FLEKSIBEL DAN TIADA KETIDAKHADIRAN DI KELAS
Pelajar dapat menyesuaikan masa pembelajaran mengikut kesesuaian mereka, dan boleh belajar pada bila-bila masa. Semua kelas diulang mengikut masa pelajar memerlukannya, oleh itu, pelajar menempah kelas yang sesuai dengan jadual mereka. Di Wall Street English Malaysia, pelajar tidak akan ketinggalan kelas; jika pelajar tertinggal kelas, mereka dapat menempah semula kelas apabila mereka mempunyai kelapangan.

PEMBELAJARAN TANPA HAD
Wall Street English Malaysia dibuka 84 jam seminggu, dengan akses kepada sumber pembelajaran dan kelas sepanjang pagi, tengah hari dan malam, malah pada hujung minggu juga. Semua kursus disokong oleh pelbagai produk pembelajaran tambahan Wall Street English yang menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna.

PERSEKITARAN YANG MESRA
Semasa belajar di Wall Street English, pelajar dapat mempelajari kursus yang lain dari yang lain, menyeronokkan, relevan dan sesuai, serta dapat berjumpa rakan-rakan yang belajar perkara yang sama. Kuliah yang berinformasi dan disampaikan dalam bahasa Inggeris disediakan setiap hari, dan lazimnya disampaikan oleh pakar industri. Komuniti dalam talian global Wall Street English, "The Village", memberikan pelajar peluang unik untuk bertemu dan berbual dengan pelajar Wall Street English di seluruh dunia. Dengan lebih 225,000 pelajar di seluruh dunia, Wall Street English menawarkan komuniti yang benar-benar global.

SISTEM PEMANTAUAN PELAJARAN YANG SISTEMATIK
Semua bahagian kurikulum teras, termasuklah semua kelas tenaga pengajar asing serta pembelajaran MultiMethod® direkodkan oleh sistem pengesanan data dalaman milik sendiri. Sistem ini merekodkan semua pelajaran penting konsep serta penggredan dari tenaga pengajar, yang diminta merekodkan keputusan kelas dalam bentuk gred. Selepas setiap kelas, pelajar diberikan laporan yang memperincikan pengajaran sehingga tempoh itu serta bimbingan terhadap bahagian yang perlu difokuskan dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat pembelajaran mereka. Nasihat dan bimbingan ditawarkan oleh guru pakar untuk membantu pelajar meneruskan kursus dengan penuh keyakinan. Gabungan ini memberikan penilaian kualitatif terhadap perkembangan kursus pembelajaran pelajar.

HASIL YANG DIJAMIN
Semua kursus Wall Street English adalah dijamin. Jika seorang pelajar tidak dapat menghabiskan kursus, dan pelajar telah mengikuti keperluan asas kursus, mereka akan diberikan masa tambahan dan sumber untuk menghabiskan pengajian. Setelah tamat, setiap pelajar akan diberikan Sijil Pengijazahan Wall Street English.


AddThis Sharing

Ke Atas