* Kami menghormati kerahsiaan anda

Anda mahu belajar tentang:




You'd prefer to study in:

Mesej Anda:


Wall Street English

SEJARAH 40 TAHUN

Pusat Wall Street English yang pertama telah ditubuhkan di Itali 1972, oleh pengasasnya Dr. Luigi Peccenini. Dengan menggunakan model pembelajaran Wall Street English MultiMethod®, Wall Street English kini dikenali sebagai pembekal premium dan peneraju global bagi latihan bahasa untuk dewasa. Dengan kewujudan yang kuat di Asia, Wall Street English beroperasi di 450 pusat di 27 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Setelah berjaya melatih hampir 2 juta pelajar di seluruh dunia, Wall Street English amat komited terhadap pendidikan global, dan terus menjadi jenama antarabangsa pilihan dalam pendidikan bahasa Inggeris untuk dewasa.

Wall Street English dimiliki oleh Pearson Education (Pearson Plc.), syarikat gergasi penerbitan, pendidikan dan maklumat antarabangsa. Bersama-sama dengan jenama berkualiti yang lain seperti The Financial Times dan Penguin Group, Wall Street English menyediakan pelajar dengan akses bukan hanya dengan menyediakan kursus pembelajaran bahasa Inggeris yang berkualiti tinggi, malah juga maklumat perniagaan yang penting, khidmat multimedia dan kesusasteraan klasik Inggeris. Sebagai peneraju syarikat perkhidmatan bahasa, mengedar di lebih 60 negara dan membantu memberi pendidikan kepada 100 juta orang di seluruh dunia, Pearson mempunyai komitmen untuk melakukan evolusi dalam cara dunia belajar.

PENCAPAIAN GLOBAL

  • 2012

    Menyambut 40 Tahun Mengajar Inggeris kepada Dunia

  • 2011

    Lebih 450 pusat di 28 negara dan wilayah

  • 2010

    Menjadi sebuah syarikat subsidiari Pearson Group, syarikat pendidikan terbesar di dunia

  • 2008

    Lebih 400 pusat di 27 negara dan wilayah di seluruh dunia

  • 2005

    Menjadi anak syarikat Carlyle Group, Amerika Syarikat, salah satu syarikat terkemuka di dunia

  • 2004

    Mencapai pensijilan ISO 9001:2000, menjadi organisasi latihan Bahasa Inggeris global pertama di dunia menerima pengiktirafan kualiti tertinggi

  • 1995

    102 pusat di 8 buah negara di seluruh dunia

  • 1990

    Ibu pejabat antarabangsa ditubuhkan di Sepanyol

  • 1972

    Diasaskan olah Dr. Luigi Peccenini di Itali

 
 

AddThis Sharing

Ke Atas